Ini adalah kisah benar tentang pengorbanan seorang ibu ketika gempa
bumi melanda Jepun. Ketika gempa bumi telah reda, sewaktu pasukan
penyelamat tiba di sebuah rumah yang telah musnah milik seorang wanita
muda, mereka terlihat sekujur badan dicelah-celah runtuhan tersebut.
Kedudukan bentuk badannya agak pelik seolah-olah dia sedang melutut
(seperti orang yg sedang bersembahyang/berdoa), dengan badannye menunduk
ke hadapan dan kedua-dua tangannya seperti diampu sesuatu objek.
Runtuhan rumah tersebut telah terkena pada bahagian belakang dan
kepalanya.
Ketua pasukan penyelamat dengan bersungguh-sungguh cuba untuk
mencapai wanita tersebut melalui celahan runtuhan tersebut dengan
harapan wanita tersebut masih hidup. Namun begitu, keadaan badan wanita
tersebut yg sejuk dan kaku menunjukkan yang dia sudah tiada lagi.
Pasukan penyelamat lantas terus meninggalkan rumah wanita tersebut.
Tiba-tiba, ketua pasukan penyelamat merasakan seperti ade sesuatu
yang tidak kena, lalu berpatah balik ke rumah tersebut. Dia telah
berlutut sekali lagi dan cuba mncapai sedaya upayanya dicelah runtuhan
untuk mencapai sedikit ruang kosong di bawah mayat wanita tersebut.
Tiba-tiba, dia menjerit, “ada bayi, ada bayi disini!!” Lantas seluruh
pasukan penyelamat bekerjasama mengalihakn sisa runtuhan disekeliling
mayat wanita tersebut. Ape yang mereka lihat ada seorang bayi lelaki
yang berusia 3bulan yang berbalut deangan selimut di dalam pelukan
wanita tersebut. Ternyata wanita tersebut telah terkorban ketika
melindungi bayinya. Ketika gempa bumi berlaku, dia telah menggunakan
tubuhnya sebagai perisai pelindung bagi bayinya. Bayi tersebut masih
nyenyak tidur ketika ketua pasukan penyelamat mengangkatnya keluar dari
celah runtuhan.
Doktor dengan pantas memeriksa keadaan bayi lelaki tersebut dan
ketika doctor membuka balutan selimut bayi itu, dia terjumpa sebuah
telefon bimbit dan terpampang di skrin telefon tersebut sepotong pesanan
bertaip “SEKIRANYA KAMU SELAMAT, INGATLAH BAHAWA IBU MENYAYANGIMU..”
Pesanan ini telah dibaca oleh semua orang yang berada di situ, dan
mereka semua menangis dan tersentuh.
“SEKIRANYA KAMU SELAMAT, INGATLAH BAHAWA IBU MENYAYANGIMU..”Begitu besarnya kasih sayang seorang Ibu…!!
Tidak ada komentar:
Posting Komentar